Keberkesanan dalam menjalani kehidupan adalah berpaksikan fokus kehidupan yang terbit dari kesedaran yang bersumberkan ILMU yang dicari ...
Sabtu, 21 September 2013
Cinta
Pengaruh Cinta amat kuat dengan naluri yang Hidup dan kita sentiasa memburu cinta walaupun ianya sukar untuk di tafsirkan dengan ayat ayat dan ianya akan berubah dengan perbuatan perbuatan yang tertentu dan hasilnya satu pengsaksian yang kuat bagi mencantumkan perasaan cinta tersebut serta ia akan berlarutan kepada satu tempoh yang kita kurang pasti .......
Manusia memang amat memerlukan Cinta tersebut dan itulah pencarian yang tidak berkesudahan walaupun Qiamat terserlah pengkhabarannya ..
Manusia memang amat memerlukan Cinta tersebut dan itulah pencarian yang tidak berkesudahan walaupun Qiamat terserlah pengkhabarannya ..
Berkarung karung
Ramai dikalangan kita berhemah dalam membicarakan Islam tetapi ramai yang tidak tahu jumlah yang kecundang dalam retetan maksiat semakin biak dengan subur serta ianya tidak nampak dengan secara fizikal tetapi ianya cukup menakutkan seolah olah umat Melayu Islam tiada jenerasi seterus untuk mentadbir Nusantara ini ....dan ianya cukup membingungkan kita
Jumaat, 5 Julai 2013
Hospital The Queen
Hospital
Hospital ini berada di daerah Kinta dan ianya satu sartu bangunan yang terletak dalam segitiga emas dalam kawasan bandaraya Kinta dan ianya adalah kegemahan bagi rakyat bandaraya Kinta dan kepesatan hospital ini kadangkala tidak dapat menampung jumlah kepakaran yang ada terutamanya untuk merawat golongan bawahan serta penengahan kerana yuran pendaftarannya amat sedikit dikenakan berbanding dengan hospital swasta ..
Namun itu bukanlah persoalan yang besar bagi aku , yang penting ialah sekiranya aku ni sebagai YB BN tempat inilah paling senang berjumpa dengan rakyat yang berbilang kaum dan amat mudah meraih undi dari semua kaum terutamanya kaum yang amat miskin dan pertengahan dan disinilah meraka berkumpul pada setiap hari dalam 7 hari dan rata ratanya daif dan kekusutan dalam meraih rawatan dari tenaga pakar supaya penyakit mereka dirawati dengan sempurna ...
Mungkin kedatangan YB (aku) akan dapat mengubat dan menawar sedikit ransang kesakitan bila melihat muka YB dan sambil itu .. lihatlah sedikit struktur bangunan yang hampir hampir usang dan ianya perlu diperbaiki atau bina bangunan yang lebih baik sedikit (banyak) bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat jumlahnya dan kebanyakannya bangsa Melayu yang mengunung mengundi UMNO walaupun mereka selalu mendapat layanan kelas 3 namun mereka tetap mengundi BN dan apa salah membalas balik jasa mereka yang mengundi ... salah ke aku menulis ....
Yang seterusnya lawatan YB dapat meningkatkan value perkhidmatan kakitangan kerajaan keatas khidmat mereka kepada semua pelanggan mereka tanpa mengira bangsa dan agama dan yang lebih utama dapat menjaga status orang Melayu dalam menjalankan kerja mereka atau lebih tepat imej kakitangan terjaga walaupun mendapat kutukan dari mereka mereka yang kurang puas hati dengan kewibaan orang Melayu dan yang pasti undian itu kekal .....
Sekiranya PR memerintah mungkin ianya lebih baik dari apa yang dilihat ....
Pada aku 2 tempat yang patut dilihat dengan terperinci oleh UMNO iaitu Hospital dan Masjid bagi yang beragama Islam kerna tempat inilah manusia berkumpul dalam masa 24jam dan sejujurnya YB akan lihat dengan tulus akan kemasalahan mereka bukan setakat hari terakhir undian ......
Nasib baik aku bukan YB kalau tidak dah lama PR tak dapat peratus undian pada setiap penggal .....
Rabu, 8 Mei 2013
PRU 13 baru je lepas dan banyak berita berita yang berpihak kepada BN dan kelampauan ini berbekas kepada hati yang inginkan satu perubahan yang menguntungkan kepada rakyat yang membayar cukai serta 100% berkhidmat dengan tulus setia tetapi api kemarahan yang menyala ..
Kesannya banyak yang kecewa dan bingung dengan keputusan dari PRU 13 dan apakah kita perlu bersabar untuk 5 tahun lagi aahhh sungguh untuk bersabar lagi mampukah .....
Bolehkah itu berlaku aahh sabar la !
Bagi saya inilah satu peringatan yang datang dari Allah Taala kerana qualiti yang ada pada jemaah PR ( terutamanya Jemaah Pas ) belum cukup sempurna dan rata ratanya masih belum tegap niatnya dalam memperjuangkan ISLAM dan itulah yang perlu kita selidik dari semua peringkat dan pada saya banyak perkara yang perlu kita tahu , seperti :-
a) Solat jemaah kita masih tidak dapat dipenuhi terutamanya solat SUBUH .
b) Kita gagal menguasai masjid masjid walaupun Allah janji sesuatu di padang Mahsyar .
c) Konsep dakwah tidak digunakan dengan sepenuhnya .
d) Marah pada kumpulan tertentu .
e) Tidak bersatu dengan Tabligh .
f) Cepat menjatuhkan hukum walaupun ianya belum cukup bukti .
g) Gagal menambahkan ahli Pas .
h) Strateji dalam 5 tahun akan datang tidak wujud - menyeluruh kepada semua jemaah .
Dan yang pasti kita tiada persediaan tertentu bila bertempur .
Langgan:
Catatan (Atom)