Rabu, 8 Mei 2013

PRU 13 baru je lepas dan banyak berita berita yang berpihak kepada BN dan kelampauan ini berbekas kepada hati yang inginkan satu perubahan yang menguntungkan kepada rakyat yang membayar cukai serta 100% berkhidmat dengan tulus setia tetapi api kemarahan yang menyala ..
Kesannya banyak yang kecewa dan bingung dengan keputusan dari PRU 13 dan apakah kita perlu bersabar untuk 5 tahun lagi aahhh sungguh untuk bersabar lagi mampukah .....

Bolehkah itu berlaku aahh sabar la !

Bagi saya inilah satu peringatan yang datang dari Allah Taala kerana qualiti yang ada pada jemaah PR ( terutamanya Jemaah Pas ) belum cukup sempurna dan rata ratanya masih belum tegap niatnya dalam memperjuangkan ISLAM dan itulah yang perlu kita selidik dari semua peringkat dan pada saya banyak perkara yang perlu kita tahu , seperti :-

a) Solat jemaah kita masih tidak dapat dipenuhi terutamanya solat SUBUH .
b) Kita gagal menguasai masjid masjid walaupun Allah janji sesuatu di padang Mahsyar .
c) Konsep dakwah tidak digunakan dengan sepenuhnya .
d) Marah pada kumpulan tertentu .
e) Tidak bersatu dengan Tabligh .
f) Cepat menjatuhkan hukum walaupun ianya belum cukup bukti .
g) Gagal menambahkan ahli Pas .
h) Strateji dalam 5 tahun akan datang tidak wujud - menyeluruh kepada semua jemaah .

Dan yang pasti kita tiada persediaan tertentu bila bertempur .