Sabtu, 21 September 2013

Perjuangan

Keberkesanan dalam menjalani kehidupan adalah berpaksikan fokus kehidupan yang terbit dari kesedaran yang bersumberkan ILMU yang dicari ...

Cinta

Pengaruh Cinta amat kuat dengan naluri yang Hidup dan kita sentiasa memburu cinta walaupun ianya sukar untuk di tafsirkan dengan ayat ayat dan ianya akan berubah dengan perbuatan perbuatan yang tertentu dan hasilnya satu pengsaksian yang kuat bagi mencantumkan perasaan cinta tersebut serta ia akan berlarutan kepada satu tempoh yang kita kurang pasti .......

Manusia memang amat memerlukan Cinta tersebut dan itulah pencarian yang tidak berkesudahan walaupun Qiamat terserlah pengkhabarannya ..

Berkarung karung

Ramai dikalangan kita berhemah dalam membicarakan Islam tetapi ramai yang tidak tahu jumlah yang kecundang dalam retetan maksiat semakin biak dengan subur serta ianya tidak nampak dengan secara fizikal tetapi ianya cukup menakutkan seolah olah umat Melayu Islam tiada jenerasi seterus untuk mentadbir Nusantara ini ....dan ianya cukup membingungkan kita

Jumaat, 5 Julai 2013

Hospital The Queen

Hospital

Hospital ini berada di daerah Kinta dan ianya satu sartu bangunan yang terletak dalam segitiga emas dalam kawasan bandaraya Kinta dan ianya adalah kegemahan bagi rakyat bandaraya Kinta dan kepesatan hospital ini kadangkala tidak dapat menampung jumlah kepakaran yang ada terutamanya untuk merawat golongan bawahan serta penengahan kerana yuran pendaftarannya amat sedikit dikenakan berbanding dengan hospital swasta ..

Namun itu bukanlah persoalan yang besar bagi aku , yang penting ialah sekiranya aku ni sebagai YB BN tempat inilah paling senang berjumpa dengan rakyat yang berbilang kaum dan amat mudah meraih undi dari semua kaum terutamanya kaum yang amat miskin dan pertengahan dan disinilah meraka berkumpul pada setiap hari dalam 7 hari dan rata ratanya daif dan kekusutan dalam meraih rawatan dari tenaga pakar supaya penyakit mereka dirawati dengan sempurna ...

Mungkin kedatangan YB (aku) akan dapat mengubat dan menawar sedikit ransang kesakitan bila melihat muka YB dan sambil itu .. lihatlah sedikit struktur bangunan yang hampir hampir usang dan ianya perlu diperbaiki atau bina bangunan yang lebih baik sedikit (banyak) bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat jumlahnya dan kebanyakannya bangsa Melayu yang mengunung mengundi UMNO walaupun mereka selalu mendapat layanan kelas 3 namun mereka tetap mengundi BN dan apa salah membalas balik jasa mereka yang mengundi ... salah ke aku menulis ....

Yang seterusnya lawatan YB dapat meningkatkan value perkhidmatan kakitangan kerajaan keatas khidmat mereka kepada semua pelanggan mereka tanpa mengira bangsa dan agama dan yang lebih utama dapat menjaga status orang Melayu dalam menjalankan kerja mereka atau lebih tepat imej kakitangan terjaga walaupun mendapat kutukan dari mereka mereka yang kurang puas hati dengan kewibaan orang Melayu dan yang pasti undian itu kekal .....

Sekiranya PR memerintah mungkin ianya lebih baik dari apa yang dilihat ....

Pada aku 2 tempat yang patut dilihat dengan terperinci oleh UMNO iaitu Hospital dan Masjid bagi yang beragama Islam kerna tempat inilah manusia berkumpul dalam masa 24jam dan sejujurnya YB akan lihat dengan tulus akan kemasalahan mereka bukan setakat hari terakhir undian ......

Nasib baik aku bukan YB kalau tidak dah lama PR tak dapat peratus undian pada setiap penggal .....

Rabu, 8 Mei 2013

PRU 13 baru je lepas dan banyak berita berita yang berpihak kepada BN dan kelampauan ini berbekas kepada hati yang inginkan satu perubahan yang menguntungkan kepada rakyat yang membayar cukai serta 100% berkhidmat dengan tulus setia tetapi api kemarahan yang menyala ..
Kesannya banyak yang kecewa dan bingung dengan keputusan dari PRU 13 dan apakah kita perlu bersabar untuk 5 tahun lagi aahhh sungguh untuk bersabar lagi mampukah .....

Bolehkah itu berlaku aahh sabar la !

Bagi saya inilah satu peringatan yang datang dari Allah Taala kerana qualiti yang ada pada jemaah PR ( terutamanya Jemaah Pas ) belum cukup sempurna dan rata ratanya masih belum tegap niatnya dalam memperjuangkan ISLAM dan itulah yang perlu kita selidik dari semua peringkat dan pada saya banyak perkara yang perlu kita tahu , seperti :-

a) Solat jemaah kita masih tidak dapat dipenuhi terutamanya solat SUBUH .
b) Kita gagal menguasai masjid masjid walaupun Allah janji sesuatu di padang Mahsyar .
c) Konsep dakwah tidak digunakan dengan sepenuhnya .
d) Marah pada kumpulan tertentu .
e) Tidak bersatu dengan Tabligh .
f) Cepat menjatuhkan hukum walaupun ianya belum cukup bukti .
g) Gagal menambahkan ahli Pas .
h) Strateji dalam 5 tahun akan datang tidak wujud - menyeluruh kepada semua jemaah .

Dan yang pasti kita tiada persediaan tertentu bila bertempur .

Jumaat, 1 April 2011

Daim

'Model ini mesti meliputi nilai-nilai Islam yang padu memandangkan Islam mengalakkan minat komersial yang kukuh dikalangan UMATNYA '-Daim Zainudin april /1 /2011 Kosmo . Kenyataan ini bercanggah dengan penulis yang dari Universiti Utara Malayasia langsung tidak memperkatakan Islam salah satu faciliti dalam memperbaiki kelemahan usahawan Bumiputra dan apa yang menariknnya tidak disentuh tentang hubungan jalinan perniagaan perlu diwujudkan dalam menghasilkan sebuah armada perniagaan Bumiputra dalam ertikata yang sebenar satukan pemikiran mereka dari peringkat bawahan sehingga penengahan .

Jumaat, 25 Februari 2011

Russia The Kapal Selam

OPEN JOINT - STOCK COMPANY the admiralty shipyards

Peneraju pembinaan kapal moden RUSSIA
Syarikat perkapalan tertua di RUSSIA ditubuhkan pada 1704
2,600 buah kapal , bot dan pelbagai jenis kelas
300 buah kapal selam telah dan sedang dibina
Public joint Stock Company CDB ME Rubin mereka(design) bentuk kapal selam untuk diekspot
Jumlah kapal selam dibina hasil rekabentuk(design) untuk diekspot , kira-kira 1000 buah kapal , 103 buah kapal selam diesel-eletrik dan diekspot ke 14 buah negara
Pada 2011 CDB ME 'Rubin' menyambut ulang tahun ke 110 tahun
Kerjasama antara AdShipyard + CDB Rubin pembinaan kapal selam bukan nuklear
Kapal Selam 'Project 636' evolusi dari Project 877
Pembinaan Kapal Selam diesel - eletrik Project 613 diawal 1950 an - langkah pertama memasuki arena pasaran kapal selam - reka bentuk ringkas mudah dikendalikan
Bina dilimbungan NIKOLAYEV , GORKY dan LENINGRAD
Project 641 untuk tentera Laut RUSSIA - memenuhi keperluan operasi kapal selam iklim TROPICA


Bila kia lihat akan retetan fatka sejarah The Admiralty Shipyards menunjukkan betapa hebatnya mereka dalam membina kapal selam yang dapat melindungi sesebuah negara yang memilikinya walaupun kos untuk penyelegaraannya tinggi namun pulangnya dalam konteks keamanan negara usah dipertikaikan sebab aset tersebut mempunyai satu nilaian yang dapat mempengaruhi persaing-persaing disebelah negara masing-masing .


Apakah negara ini mampu untuk memiliki sejumlah armada kapal selam sedangkan keamanan sudah terjelas sekian lama , mana mungkin negara ini akan digugat oleh negara-negara jiran ? Mungkin kita mengandaikan untuk tempoh tertentu iaitu mungkin dalam dekad ini mungkin tidak ada negara yang cuba mencabar kedaulatan negara ini bagaimana dalam tempoh 10 tahun akan datang atau 25 tahun yang mendatang ? Siapakah dari kita yang dapat menjamin keamanan ini dapat disusup kemas dan teratur dalam setiap pengurusan negara dan kita mesti mempersiapkan sesuatu supaya mereka melihat negara ini penuh rasa hormat dan terasa goyah bila cuba menyentuh kewibawaan yang terpahat sekian lama.


Memang benar untuk membina satu pelabuhan yang khusus untuk menyediakan segala keperluan sebuah armada kapal selam amat tinggi kosnya dan kemahiran serta keupayaan tenaga kerja masih belum dapat meyakinkan semua warganegara ini yang kita dapat memperfaedahkan fasiliti yang ada supaya armada tersebut dapat hidup dengan kos yang sedikit tanpa ada pengalaman dan pengetahuan yang mendalam tentang industri pembinaan kapal selam tetapi sekiranya kita memikirkan sesuatu itu positif mungkin ianya berbaloi walaupun ianya terbina diatas kertas .